Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Well, apa-apa pun, aq copy info ni from faceblog.com tau. Jangan ckp aq ciplak.Hehe.
Hiyaa, petang ni pegi jalan-jalan kat tepi pantai mcm semalam lagi :) Ini semua kerana my cousin dalam proses diet yg menjadi-jadi -.- Nk berjogging katanya. Entry kalini memang ada kaitan pasal travel walaupun cuma dalam negara jer So what? baca jelah.Haha.
Travel untuk pertama kalinya aq pegy ke pantai air tawar yg sememangnya menggamit memori. Ok, for those yg nk tahu kt mana terletaknya air tawar tuh boleh baca information kt bawah ni :
Pantai air tawar terletak kira-kira 4KM dari Kuala Besut dan 3 KM dari Bukit Keluang dekat terengganu tau.
Merupakan satu pantai yg kerap dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari luar negara mahupun dalam negara.
Daripada pantai ini, jelas kelihatan pulau perhentian yang merupakan sebuah pulau yg terkenal di negeri Terengganu.
Sesetengah pelancong akan berkunjung ke pantai ini sebelum mereka ke pulau perhentian.
Di pantai ini, kemudahan seperti wakaf, tandas, gerai-gerai jualan,homestay, dan taman permainan disediakan kepada para pelawat yg berkunjung ke pantai ini.
Bagi mereka yg berkunjung ke pantai ini dan ingin bermalam di homestay yg telah disediakan bolehlah menelefon PN.WAN MAZIAH di talian 013-9232625 atau di talian 609-6668890.
Pantai air tawar tersangatlah indah dan mendamaikan. Serius dapat mereleasekan tension. Syok sangat.
Disebabkan kampung aq tuh tersangatlah dekat dngan pantai air tawar, maka setiap harilah aq boleh pergi.Muhehehe
(haha,cousin aq kemain lagi >< )
Nota kaki= Nama homestay ialah MNI Homestay.Ianya merupakan sebuah banglo. Banglo beb!!
Aq sebenarnya kat kampung.That's why aq update pasal pantai air tawar.Hehe. Entry ni dah sampai dipenghujung nampaknya. Ok, apa-apa pun tolong klik campaign kat bawah ni. Tak paksa pun. That's all for now.Bye.