>

Halaman

Sabtu, 31 Ogos 2013

7 tips belajar di saat akhir

ASSALAMUALAIKUM
#Maaf penggunaan aku#

 Tips ni mungkin berguna or mungkin tidak. Baca jer. Belum baca belum tahu.

1) BERTENANG DAN JANGAN CEMAS
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa anda adalah terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda ambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
See full size image
2) BERI TUMPUAN LEBIH TERHADAP PELAJARAN
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
3) YAKIN TERHADAP KEBOLEHAN DIRI
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara spontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
4) MASA REHAT PERLU SECUKUPNYA
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
5) HAPUSKAN TABIAT SUKA TIDUR
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.
6) JANGAN MENGAMBIL SEBARANG UBAT YANG MERAGUKAN
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil perangsang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
7) BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA BAB PENTING
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
Ok diharapkan korang boleh ikut semua tips-tips berikut. Yelah ni semua untuk kecemerlangan korang jugak :)
Ok that's all for now bye..

Sudah baca??sila like or komen:)

Jumaat, 30 Ogos 2013

Keistimewaan MRSM

ASSALAMUALAIKUM
#maaf penggunaan 'aku'#
Rasanya sekian lamanya aku jadi warga MRSM BESUT. Yelah dah berapa bulan dah since bulan Februari lagi. Rasa mcm sekejap  :o 
 
 Kalau korang ni merupakan PMR or UPSR candidates meh aku nak cadangkan sekolah ni kat korang. Korang akan tahu yg kat sini bnyak keistimewaan yg takda kat sekolah biasa. So kat entri ni aku nak cerita kat korang keistimewaan MRSM yg takda kat sekolah biasa.
 MRSM ini merupakan sekolah berasrama penuh yang mana berada di bawah payung MARA. So, mmang bnyak keistimewaan lah kan?
Firstly, dekat sini kitaorang menggunakan sistem ber-semester seperti di universiti. MRSM menggunakan sistem semester iaitu semester 1,2,3,4,5,6 bagi form 1 hingga ke form 3 and semester 1,2,3,4 bagi form 4 and form 5. Kiranya 1 tahun sama dengan 2 semester.
Tahukah anda? dekat sini sistem peperiksaan dia berasaskan standard universiti. Maksudnya, korang akan didedahkan dengan words PNG (purata nilai gred) , TPNG (total purata nilai gred) dan sebagainya. Penilaian pelajar dibuat berdasarkan 3 ujian iaitu 10% dari markah ujian selaras 1 dan 2, ditambah 10% mrkah sahsiah dan 70% dari peperiksaan akhir semestar.
secara senangnya, pengiraan dibuat begini,
markah ujian selaras 1 10%
markah ujian selaras 2 10%
markah exam akhir sem 70%
sahsiah pelajar 10%
___________________________
100%
sistem ini menjadikan pelajar akan terus belajar bermula dari awal tahun hingga akhir tahun.
kelebihan sistem ini ialah, pelajar akan terus berusaha dan cemerlang dari awal hingga akhir.Pernah dengar perkataan four flat (4.00 )? yg tulah yg dimaksudkan dngan PNG.Seperti yg diperkatakan di atas tadi , yang tak bestnya untuk 1 sem terdapat 3 exam (selaras 1 ,selaras 2 and final sem ) kalau untuk 1 tahun korang ada 2 semester so that korang kena hadapi 6 exam. Untuk pengetahuan korang ujian selaras 1 ngan 2 tuh boleh dikatakan tak penting sangat tapi final sem tersangatlah pnting untuk semua form terutamanya form 4 and form 5 untuk SPC diorang. Apa itu SPC? Nanti aku cerita.
Kalau PNG korang untuk final semester (final sem sahaja, selaras 1 ngan 2 tak kira) korang dapat 3.50 sehingga 4.00 , korang layak terima anugerah penghormatan pengetua. Untuk final exam semester 1 bulan lepas aku dapat 3.67 so that aku layak terima anugerah pengetua. Alhamdullilah.
Di MRSM , akan ada satu minggu untuk setiap semester dimana untuk satu minggu tuh korang takkan belajar. Seminggu tuh korang main jer . Minggu tuh kitaorang panggil sebagai minggu aktiviti. Aku baru jer habis minggu aktiviti minggu lepas :) Seminggu tulah korang tinggalkan buku ngan kerja sekolah korang. Main jelah apa yg korang nak. Boleh dikatakan sebagai minggu rehatlah :)
Next, korang akan diperkenalkan dngan jawatan BWP (BADAN WAKIL PELAJAR). Jawatan ni seolah-olah mcm menteri lah kiranya. Pelajar sebagai rakyat tempatan. hehe. BWP ni tugas dia jadi wakil kepada student, kalau ada masalah berkaitan dngan asrama ke? dewan makan ke?blok akademik ke? jumpa jer ngan diorang. Diorang sedia berkhidmat untuk rakyat nya. :D Cara pemilihan jawatan BWP nih sama macam di Universiti iaitu melalui pengundian dimana semua pelajar akan keluar mengundi untuk memilih calon mereka masing-masing.
Ini dapat menerapkan semangat kepimpinan sejak dari sekolah lagi. Memang best bab mengundi nih. Boleh buat undi hantu :P

SPC . Apa itu SPC? ok SPC tuh kita panggil sebagai 'skim pelajar cemerlang'. Dengan hanya berbekalkan result trial spm, anda boleh melanjutkan pelajaran anda ke universiti-universiti sama ada di luar mahupun dalam negara.  Walaupun result SPM tak keluar lagi tapi anda sudah sambung belajar :) yang tuh yang paling syok nya bila belajar di MRSM. SPC hnyalah khas untuk pelajar MRSM sahaja. Ada syaratnya kalau nak dapat SPC nih. First, semasa korang di tingkatan 4 dan 5 pastikan setiap exam final sem korang dapat PNG 3.5 above if korang nak smbung belajar kat overseas.Kalau nak study dalam negara jer korang kena dapat PNG 3.0 above .Trial Spm wajib korang dapat PNG 3.5 above untuk luar negara 3.0 above untuk dalam negara. So blajar kat sini memang gila-gila lah jawabnya.
Belajar kat sini memang sistematik dan kadang-kadang agak laju jugaklah. Kat sini jugak korang dihidangkan dengan homework yg berlambak gila-,- Bila korang belajar kat MRSM, suasana self-learning dia agak kuat and hebat ,yelah korang kena compete dengan budak pandai. Kalau result exam korang ada gagal contohnya korang gagal add math sebanyak 3 kali setiap exam final sem, korang tak layak graduate. Memang tak boleh ada fail lah kan. So kalau korang memang nk sangat study kat sini, korang kena sedia sari segi mental or fizikal.
Makanan ngan minuman dia toksah cakap lah-,- boleh gemok korang. 6 kali makan beb!! haha.
Jadual harian akademik dia memang beza sngat berbanding dngan sekolah biasa. Yelah, dekat sini jadual harian akademik ada 2. Satu kita panggil minggu 1 dan lagi satu kita panggil minggu 2. Maksudnya setiap minggu korang akan guna jadual yg berbeza bagi mengelakkan kebosanan. Contohnya, minggu ni pakai jadual minggu 1 , so minggu depan pakai jadual minggu 2. Dia akan berselang-seli lah kiranya. Dekat sini juga, pelajar bukan saja belajar BM, Math, BI tapi korang jugak akan explore berkaitan dngan subjek sains komputer , seni reka , or subjek bahasa tambahan. Memang tak bosan bila didedahkan dngan subjek-subjek nih.
Oklah, bnyak lagi sebenarnya. Tapi entri nih dah agak full nampaknya :P haha. Thats all for now. Bye.

P/S= tngah holiday sebenarnya :) Merdeka lah katakan.

Sudah baca??sila like or komen:)

Jumaat, 15 Mac 2013

TUTORIAL= Accordian Tab Menu

ASSALAMUALAIKUM
#maaf penggunaan 'aku'#

Sudah sekian lamanya tak buat tutorial :') rindu weh. Sampai dah tak ingat dan step by step. Haha. Well tutorial accordian Tab Menu ni atas permintaan Nur Syurga so aku cuba untuk merajinkan diri untuk tutorial ni :) Untuk pengetahuan newbie, Accordian Tab Menu ni ialah tab menu yg terletak di sidebar uolls bila korang hala cursor kat sidebar tuh dia akan jatuh ke bawah. Mcm kat sidebar kat blog aku. Cer tngok gmbar kat bwh ni.

So if nak try jom follow step kat bawah ni :

1) Log in > Dashboard > Layout > Add gadjet >  Html/ Javascript
2) Copy kod kat bawah ni :

<style type="text/css">
h5 {
font-family: trebuchet-ms, arial, tahoma;
font-size: 13px;
padding: 0 0 1em;
font-weight:bold;
color: #ffffff;
}
.msg_list {
list-style: none;
margin: 0;
padding: 0;
width: 100%;
}
.msg_head {
padding: 5px 10px;
cursor: pointer;
position: relative;
background-color:#FFB6D6;
margin:1px;
-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
}
.msg_body {
padding: 5px 10px 15px;
background-color:#FFFFFF;
}
</style>
<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jquery01/tabmenuaccordion.js"></script>
<script type="text/javascript">
$(document).ready(function()
{
//hide the all of the element with class msg_body
$(".msg_body").hide();
//slides the element with class "msg_body" when paragraph with class "msg_head" is clicked
$("#firstpane h5.msg_head").click(function()
{
$(this).next("div.msg_body").slideToggle(700).siblings("div.msg_body").slideUp("slow");
});
//slides the element with class "msg_body" when mouse is over the paragraph
$("#secondpane h5.msg_head").mouseover(function()
{
$(this).next("div.msg_body").slideDown("slow").siblings("div.msg_body").slideUp("slow");
});
});
</script>
<div class="msg_list" id="secondpane">
<h5 class="msg_head">Tajuk 1</h5>
<div class="msg_body">
<center>
Isi dalam tajuk 1</div>
<h5 class="msg_head">Tajuk 2</h5>
<div class="msg_body">
Isi dalam tajuk 2</div>
<h5 class="msg_head">Tajuk 3</h5>
<div class="msg_body">
Isi dalam tajuk 3</div>
</div> 

3) HIJAU= Warna tulisan tab menu
OREN= warna background tab menu
MERAH= Warna background isi tab menu
BIRU= Tuliskan tajuk tab itu.
UNGU= Pastekan kod mcm kod shoutmix dan lain-2

4) Pastekan kod tersebut kat ruangan HTML/ JAVASCRIPT
5) Dah siap? preview dulu baru save :)

Sudah baca??sila like or komen:)

Jumaat, 18 Januari 2013

KISAH BENAR= balasan anak derhaka.

ASSALAMUALAIKUM
#maaf penggunaan aku#
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah enjin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. 
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa." Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. 
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya
wang. 
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja !" si gadis berkata." Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar ! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" 
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai "Saida..Sai..dddaaa.. " katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya
masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke
dinding. 
Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. 
Meraung si gadis melihat mayat ibunya tu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. 
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. 
Suaminya sendiri pun tak dapat bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." 
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. 
Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. 
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. 
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang
bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. 
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ?
" kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. 
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah emaknya. Airmatanya sudah tidak boleh di
empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal...Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus. 
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. 
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. 
Sambil itu, dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. 
Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. 
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. 
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. 
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. 
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau, takut di halau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. 
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. 
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." 
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. 
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan." Sudahlah tu
Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. 
Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . 
Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. 
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..." 
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. 
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. 
Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik-beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. 
Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. 
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan dibakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. 
Allah Maha Agung.. Sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini dipenuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
p/s= pernah baca kisah ni masa mengikuti kem motivasi. Memang sedih habis baca kisah ni :'( Walaubagaimanapun, entry kali ni untuk minggu ini saja atas tuntutan sibuk maka aku akan post entry lain untuk minggu hadapan. Sori pembaca semua :(

That's all for now.Bye.

Sudah baca??sila like or komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@HAK MILIK UDIN ANUAR