>

Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

Home » Tips Memilih Pasangan Cara Rasullulah.

Tips Memilih Pasangan Cara Rasullulah.

#maaf penggunaan aku#
Alhamdullilah aku berkesempatan untuk menulis entry walaupun aq sibuk memanjang. Entry for today aku nak tulis pasal tips memilih pasangan cara rasullulah.Rasullulah saw telah memberikan contoh dan teladan kepada umatnya untuk memilih pasangan hidup yg tepat dan islamik.
A. Beberapa kriteria memilih calon isteri
  • Beragama islam (muslimah). Ini adalah syarat utama dan pertama.
  • Memiliki akhlak yang baik. Wanita yang berakhlak baik insyaallah mampu menjadi seorang ibu dan isteri yang baik.
  • Memiliki dasar pendidikan Islam yang baik. Wanita yang memiliki dasar pendidikan Islam yang baik akan selalu berusaha untuk menjadi wanita solehah yang akan selalu dijaga oleh Allah SWT. Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia.
  • Memiliki sifat penyayang. Wanita yang penuh rasa cinta akan memiliki banyak sifat kebaikan.
  • Sihat secara fizikal. Wanita yang sihat akan mampu memikul beban rumah tangga dan menjalankan kewajiban sebagai isteri dan ibu yang baik.
  • Dianjurkan memiliki kemampuan melahirkan anak. Anak adalah generasi penerus yang penting bagi masa depan umat. Oleh karana itulah, Rasulullah SAW menganjurkan agar memilih wanita yang mampu melahirkan anak yang ramai.
  • Sebaiknya memilih calon isteri yang masih gadis terutama bagi pemuda yang belum berkahwin . Hal ini dimaksudkan untuk memelihara keluarga yang baru terbentuk dari permasalahan lain.
B. Beberapa kriteria memilih calon suami
  • Beragama Islam (muslim). Suami adalah pembimbing isteri dan keluarga untuk dapat selamat di dunia dan akhirat.
  • Memiliki akhlak yang baik. Lelaki yang berakhlak baik akan mampu membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
  • Soleh dan taat beribadah. Seorang suami adalah teladan dalam keluarga, sehingga tindak- tanduknya akan ‘menular’ pada isteri dan anak-anaknya.
  • Memiliki ilmu agama Islam yang baik. Seorang suami yang memiliki ilmu Islam yang baik akan menyedari tanggungjawabnya pada keluarga, mengetahui cara memperlakukan isteri, mendidik anak, menegakkan kemuliaan, dan menjamin rumah tangga secara halal dan baik.
  • Dianjurkan untuk memilih calon suami yang jauh daripada penyakit keturunan.
Tambahan :


1) Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” (Muttafaqun Alaihi)
2) “Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu … .” (QS. Al Baqarah : 221)
3) “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)
4) “Maka wanita-wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh kerana itu Allah memelihara mereka.” (QS. An Nisa’ : 34)
5) “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)
6) Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda : ” … kahwinilah perempuan yang penyayang dan banyak anak … .” (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
7) “ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya mereka yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pengajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)
That's all for now.Bye..


Sudah baca??sila like or komen:)

0 000 Pengomen Handalan:):

Catat Ulasan

SALAM:)
1)tinggalkan komen
2)follow
3)like sekali:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@HAK MILIK UDIN ANUAR