>

Halaman

Isnin, 20 Februari 2017

Home » Asasi Sains Pertanian UPM

Asasi Sains Pertanian UPM


Setelah sekian lama tidak menulis apa-apa di blog ini akhirnya Allah buka jugak hati ini untuk menulis :') Alhamdulillah syukur masih diberi untuk hidup di  bumi ini hanya untuk menyembah tuhan yang satu dan mendapat keredhaanNYA. 

Alright, untuk penulisan kali ini lebih kepada nak promote program selepas SPM untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang tengah menunggu keputusan untuk diumumkan. Saya merupakan pelajar lepasan ASASI SAINS PERTANIAN UPM  (15/16) dan sekarang tengah melanjutkan di peringkat ijazah pertama di Universiti yang sama .Mentaliti pelajar harini bila nampak jer perkataan SAINS PERTANIAN terus dorang triggered. Seolah-olah mereka menganggap Sains pertanian ni sesuatu yang melecehkan dan sering dikaitkan dengan panaslah , letihlah and so on.

Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia merupakan sebuah program lepasan SPM yang lebih kepada persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama di Universiti. Program Asasi ini lebih kurang  macam program matrikulasi di Kolej Matrikulasi tetapi yang membezakannya ialah jaminan anda untuk menjejakan kaki ke menara gading (no offense). Di Asasi Sains Pertanian UPM , anda merupakan selangkah untuk ke menara gading kerana selepas habis sahaja asasi ini ,anda tidak perlu risau untuk fikir di Universiti mana anda akan ditempatkan kerana sememangnya anda akan berada disitu untuk menyambung peringkat Ijazah Pertama. Jika dibandingkan dengan pelajar matrikulasi, untuk menjejakan kaki di UPM untuk ijazah pertama sememangnya sangat sukar kerana UPM merupakan sebuah Universiti penyelidikan yang terbaik di Malaysia selepas Universiti Malaya . Jadi kalau berhajat nak masuk di UPM melalui lepasan matrikulasi, anda kena memperolehi keputusan yang sangat cemerlang ( ini apa yang diberitahu oleh pihak atasan kerana pemilihan pelajar untuk ke UPM sangat terhad) .

Asasi Sains Pertanian sama sahaja dengan mana-mana asasi lain cuma yang membezakannya ialah kami dikehendaki untuk mempelajari subjek pertanian. Subjek pertanian merupakan subjek yang paling senang antara subjek-subjek lain dan subjek yang paling menyeronokkan. Kalau nak score A's untuk subjek lain sememangnya susah sedikit tapi tidak untuk subjek pertanian. Asasi kami ada 3 semester untuk setahun maksudnya anda kena struggle lebih sikit untuk asasi ini. Tapi kalau nak dibandingkan dengan mana-mana asasi or matrikulasi rasanya sama sahaja struggle mereka.



Paling best pasal asasi sains pertanian ni bila time amali pertanian. Ya Allah best sangat bila kita diajar untuk mengasahkan soft skills kita dalam bab-bab pertanian. Masa semester satu, amali pertanian more to macamana nk tanam sesuatu and harvest benda... Time harvest paling best sebab dapat bawak balik hasil :)








Alright, dibawah berikut merupakan silibus yang kami pelajari selama satu tahun (3 semester) :


SEMESTER 1

  • PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PERTANIAN
  • SEL DAN PENGELASAN ORGANISMA
  • KIMIA TAK ORGANIK
  • ALJABAR
  • PENGENALAN KEPADA MEKANIK
  • BAHASA INGGERIS ASAS

SEMESTER 2




  • PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
  • STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM BIOLOGI
  • KALKULUS (Killer subject :') )
  • KIMIA FIZIK
  • FIZIK TERMA, GELOMBANG DAN OPTIK
  • PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT


SEMESTER 3
  • KEUSAHAWANAN DAN PEMASARAN PERTANIAN
  • BIOLOGI PERKEMBANGAN DAN GENETIK
  • KIMIA ORGANIK
  • STATISTIK
  • KEELEKTRIKAN ,KEMAGNETAN DAN FIZIK MODEN
  • PENGANTAR BAHASA INGGERIS AKADEMIK










Sudah baca??sila like or komen:)

0 000 Pengomen Handalan:):

Catat Ulasan

SALAM:)
1)tinggalkan komen
2)follow
3)like sekali:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@HAK MILIK UDIN ANUAR