Alhamdullilah aku berkesempatan untuk menulis entry walaupun aq sibuk memanjang. Entry for today aku nak tulis pasal tips memilih pasangan cara rasullulah.Rasullulah saw telah memberikan contoh dan teladan kepada umatnya untuk memilih pasangan hidup yg tepat dan islamik.
A. Beberapa kriteria memilih calon isteri
Beragama islam (muslimah). Ini adalah syarat utama dan pertama.
Memiliki akhlak yang baik. Wanita yang berakhlak baik insyaallah mampu menjadi seorang ibu dan isteri yang baik.
Memiliki dasar pendidikan Islam yang baik. Wanita yang memiliki dasar pendidikan Islam yang baik akan selalu berusaha untuk menjadi wanita solehah yang akan selalu dijaga oleh Allah SWT. Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia.
Memiliki sifat penyayang. Wanita yang penuh rasa cinta akan memiliki banyak sifat kebaikan.
Sihat secara fizikal. Wanita yang sihat akan mampu memikul beban rumah tangga dan menjalankan kewajiban sebagai isteri dan ibu yang baik.
Dianjurkan memiliki kemampuan melahirkan anak. Anak adalah generasi penerus yang penting bagi masa depan umat. Oleh karana itulah, Rasulullah SAW menganjurkan agar memilih wanita yang mampu melahirkan anak yang ramai.
Sebaiknya memilih calon isteri yang masih gadis terutama bagi pemuda yang belum berkahwin . Hal ini dimaksudkan untuk memelihara keluarga yang baru terbentuk dari permasalahan lain.
B. Beberapa kriteria memilih calon suami
Beragama Islam (muslim). Suami adalah pembimbing isteri dan keluarga untuk dapat selamat di dunia dan akhirat.
Memiliki akhlak yang baik. Lelaki yang berakhlak baik akan mampu membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Soleh dan taat beribadah. Seorang suami adalah teladan dalam keluarga, sehingga tindak- tanduknya akan ‘menular’ pada isteri dan anak-anaknya.
Memiliki ilmu agama Islam yang baik. Seorang suami yang memiliki ilmu Islam yang baik akan menyedari tanggungjawabnya pada keluarga, mengetahui cara memperlakukan isteri, mendidik anak, menegakkan kemuliaan, dan menjamin rumah tangga secara halal dan baik.
Dianjurkan untuk memilih calon suami yang jauh daripada penyakit keturunan.
Tambahan :
1) Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” (Muttafaqun Alaihi)
2) “Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu … .” (QS. Al Baqarah : 221)
3) “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)
4) “Maka wanita-wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh kerana itu Allah memelihara mereka.” (QS. An Nisa’ : 34)
5) “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)
6) Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda : ” … kahwinilah perempuan yang penyayang dan banyak anak … .” (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
7) “ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya mereka yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pengajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)
Ok untuk entry food kali ini , aku nak tulis pasal resepi ais krim goreng yg kini menjadi fenomena masyarakat malaysia. Mana tidaknya, ais krim digoreng? cairlah kan? Tapi tidak untuk Ais krim goreng ni yg mana korang goreng pun tak cair-cair :o haha pelik kan? Bahan-bahan yg perlu digunakan untuk membuat ais krim goreng pun agak simple dan cara nak buat pun simple sangat :) nak buat? ok let's try :)
Bahan-bahan
1) Roti. Terpulang kepada korang nak guna roti gardenia ataupun roti massimo asalkan empat segi.
2) Ais krim. Terpulang jugak kepada korang semua nak vanilla ker coklat ker?
3) Bekas bulat.
Cara membuat
1) Ambik 2 keping roti dan letakkan ais krim kat tngah-tngah salah satu roti tersebut.Macam kat gambar atas ni. Then, letak satu lagi roti kat atas roti yg ada ais krim tuh. So, kita guna dua roti jelah kan?
2) Next, tekapkan roti tuh guna bekas bulat also macam gmbar kat atas ni. Buat bnyak-bnyak tau.
3) Lepas dah tekap tuh, hujung roti tuh korang penyek-penyek kan supaya ais krim tak keluar dari roti tuh.Faham tak? ok cuba tengok gmbar kat atas tuh.
4) kalau bagi aq, aq letak dalam plastik terlebih dahulu dan terus masuk dalam peti ais supaya ais krim kat dalam roti tuh keras dulu sebelum nak menggoreng.
5) Bila nak goreng tuh , keluarkan dari peti ais dan terus goreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Jngan lama sangat nak menggoreng tuh sebab tak nak bagi ais krim kat dalam tuh terlampau cair.
6) Lepas menggoreng tuh, apalagi? makanlah kan takkan lak nak buat hiasan pulak kan?haha. Done.
Pernah dengan perkataan kracie tak? rare gile kan? memang pun aq dulu-dulu memang pelik dengar perkataan tuh-.- kracie tak sama tau mcm konapun walaupun nampak mcm sama :p
Apa tuh konapun?--> baca sini. Tolong baca pasal konapun terlebih dahulu kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal kracie nie sebabnya konapun dengan kracie takda beza pun. Baca jngan tak baca :) Perbezaan konapun dengan kracie ialah konapun tak boleh makan tapi kracie boleh :) Kracie nih boleh dikatakan mcm makanan segera lah. Macam maggie.Hehe.
Negara jepun memang hebat dalam menghasilkan sesuatu yg nampak begitu kreatif. Buktinya, nah ambik ni kracie and konapun . Tapi aq bagi warning kepada mereka yg beragama islam, kebanyakan kracie memang tak halal sebab ada gelatin or dalam kata lain babi. So, check label ngan ingredient sebelum nak beli kracie.
Terdapat pelbagai jenis kracie yg boleh korang dapati macam donut,sushi,bento,rament,burger dan sebagainya. Fuyoo, hebat tuh. Korang ingat maggie je ker yg segera?
Kat mana korang boleh dapatkan kracie ni? korang boleh dapatkan di I-setan KLCC dengan harga antara Rm 30.00 bergantung kepada kracie tuh lah. Sometimes kotak kracie mempengaruhi harga tau. Semakin besar kotak, semakin mahal lah kan? . Or korang boleh ke website ini kalau nak beli secara online.
Kat bawah ni aq selitkan video kracie untuk tontonan korang. Jom ramai-ramai tengok :
Pernah dengar satu permainan yg dinamakan sebagai kutsuwa ? Aq tau mesti korang tak pernah dengar kan? yelahkan permainan ni dari jepun tambahan pulak susah nak jumpa permainan ni kat malaysia.
Kutsuwa ni ada macam-macam jenis. So, entry untuk kali ini aq nak tulis pasal KUTSUWA : eraser making kit. Apa benda tuh? Oh ok benda ni korang buat bentuk yg dikehendaki macam contohnya korang beli kutsuwa erase making kit yg dia suruh korang buat bentuk burger. So, korang buat bentuk burger cantik-cantik lepas tuh korang jadikan benda tuh sebagai pemadam. Pemadam? kalau aq buat benda tuh, aq takkan gunakan sebagai pemadam tahu? buat koleksi jelah.
Terdapat banyak jenis kutsuwa erase making kit. Macam kat bawah ni :
(cake making)
(burger making)
(ice-cream making)
(sushi making)
(chocolate making)
(donut making)
(sweet making)
(parfait making)
Ingat benda ni tak boleh makan, ianya sejenis pemadam yg telah korang hasilkan. Dalam kotak tuh,dia akan berikan benda yg seolah-olah tanah liat yg khas digunakan untuk membuat pemadam. 'Tanah liat' tuh akan mengeras bila korang rendamkan benda tuh dalam air panas. So, bila korang dah siapkan hasil 'tanah liat' tuh, korang kena rendamkanlah dalam air panas supaya mengeras macam pemadam.
(tanah liat khas)
Dalam kotak kutsuwa eraser making kit tuh jugak,dia akan berikan benda macam kat bawah ni :
Senang sikit nak buat bentuk macam burger kan? haha. Well, benda ni mahal lah sikit. Kalau korang beli benda nih secara online , korang mungkin akan dapat harga dalam RM38. Macam tak berbaloi jer-.- sebab dalam kotak tuh korang akan dapat :
Tanah liat khas macam kat gambar atas ni satu
+
benda macam kat atas ni satu.
+
Kertas arahan.
Itu jer yg korang boleh dapat dalam kotak tuh-.- mahal lah siot . Nah aq selitkan video kat bawah ni cara-cara nak buat pemadam tuh,before that baca ni-->bapa tiri menyepak anak tiri dengan kejam.
New cursor effect? oh yeah,before that aq nak creditkan tutorial ni untuk sunshine sebab tuto ni dia yang punya. Aq just sharekan :)
Btw, new cursor effect ni akan menjadi bila korang gerakkan cursor korang maka dia akan keluar benda-benda comel macam kat atas ni. Ianya tak macam sprinkle yg akan jatuh ke dasar blog. Tuto ni agak unik sikit. Korang boleh pergi ke link sunshine kalau nak tengok macamana cursor effect tuh.
Cuba try dulu yer..
1) klik ke link ini. Bila korang klik link ni, korang akan dapati semuanya dalam bahasa jepun.
2) Then,korang klik register mcm kat gambar bawah ni.
3) Jumpa tak? ok now fill kan apa yg patut.
4) Log in korang punya akaun untuk verify korang punya email.
5) Lepas tuh korang klik hammer mcm kat gmbar bawah ni..
6) korang klik link yg berwarna oren tuh untuk menambah korang punya picture sendiri ataupun korang boleh pilih emoticons yang telah diberi mcm kotak warna merah kat gambar bawah ni.
7) Selepas korang pilih ataupun menambah picture yg korang nak tuh, korang scroll ke bawah dan fill kan apa yg patut.
Title=letaklah title apa pun untuk cursor korang tuh.
Pernah makan pavlova tak korang? pavlova atau lebih dikenali sebagai kek penyek. Hehe. Serius sedap. My feberet tuh :) Nak tahu resepi? Ok entry untuk food kali ni aq nak kongsikan resepi pavlova yg serba mudah tapi sangat marvelous.Bahan-bahan memang tersangatlah simple. Jom try buat...
Bahan-bahan
1) 4 biji putih telur
2) 1 cawan gula halus
3) 1 penutup kecil esen vanilla
4) 1 sudu kecil cream of tartar
5) buah-buahan hiasan seperti strawberry, blueberry,blackberry.
6) whipping cream
7) choclate syrup
cara membuat
1) Putar putih telur sampai gebu
2) masukkan gula sikit
3) masukkan cream of tartar
4) masukkan esen vanilla
5) mix sampai sebati
6) tuang adunan atas parchment paper dlm bentuk bulatan atau suka hati koranglah
7) bakar 50 minit dalam suhu 120 darjah pastu tambah 10 minit lagi dalam suhu 100 darjah supaya tak retak.Biarkan dalam oven 10 minit lagi.
8) Keluarkan dari oven, dan hiasakan comel-comel dengan choclate syrup,whipping cream dan buah-buahan feberet korang. Masukkan dalam peti ais.
9) pastu apa pulak? makanlah -.- takkan nak buat hiasan lak kan?
Korang pasti berpuas hati dengan pavlova yg telah korang hasilkan tuh. Gerenti punya.Haha
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Well, apa-apa pun, aq copy info ni from faceblog.com tau. Jangan ckp aq ciplak.Hehe.
Hiyaa, petang ni pegi jalan-jalan kat tepi pantai mcm semalam lagi :) Ini semua kerana my cousin dalam proses diet yg menjadi-jadi -.- Nk berjogging katanya. Entry kalini memang ada kaitan pasal travel walaupun cuma dalam negara jer So what? baca jelah.Haha.
Travel untuk pertama kalinya aq pegy ke pantai air tawar yg sememangnya menggamit memori. Ok, for those yg nk tahu kt mana terletaknya air tawar tuh boleh baca information kt bawah ni :
Pantai air tawar terletak kira-kira 4KM dari Kuala Besut dan 3 KM dari Bukit Keluang dekat terengganu tau.
Merupakan satu pantai yg kerap dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari luar negara mahupun dalam negara.
Daripada pantai ini, jelas kelihatan pulau perhentian yang merupakan sebuah pulau yg terkenal di negeri Terengganu.
Sesetengah pelancong akan berkunjung ke pantai ini sebelum mereka ke pulau perhentian.
Di pantai ini, kemudahan seperti wakaf, tandas, gerai-gerai jualan,homestay, dan taman permainan disediakan kepada para pelawat yg berkunjung ke pantai ini.
Bagi mereka yg berkunjung ke pantai ini dan ingin bermalam di homestay yg telah disediakan bolehlah menelefon PN.WAN MAZIAH di talian 013-9232625 atau di talian 609-6668890.
Pantai air tawar tersangatlah indah dan mendamaikan. Serius dapat mereleasekan tension. Syok sangat.
Disebabkan kampung aq tuh tersangatlah dekat dngan pantai air tawar, maka setiap harilah aq boleh pergi.Muhehehe
(haha,cousin aq kemain lagi >< )
Nota kaki= Nama homestay ialah MNI Homestay.Ianya merupakan sebuah banglo. Banglo beb!!
Aq sebenarnya kat kampung.That's why aq update pasal pantai air tawar.Hehe. Entry ni dah sampai dipenghujung nampaknya. Ok, apa-apa pun tolong klik campaign kat bawah ni. Tak paksa pun. That's all for now.Bye.